Keikhlasan boleh luntur sedikit demi sedikit kerana sikap negatif pasangan masing-masing. Akibat hilang keikhlasan, hidup jadi tak berkat. Kasih sayang makin luntur, menanti pecah dan terbelah. Keikhlasan mesti dijaga, disemai dalam hati dan jangan dibiarkan mati. Ikhlas berusaha mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah. Mengambil berat tentang konsep kahwin untuk Ibadah dengan niat kerana mahukan keredaan Allah.
Mereka takut mengkhianati pasangan kerana takut kepada Allah S.W.T. Mereka saling menghormati dan menjaga hati kerana Allah, oleh sebab itu Allah menyatukan hati keduanya. Susah atau senang, sihat atau sakit, bahaya atau bahagia dijalani bersama dengan redha. Semasa susah, berganding bahu menggalas cabaran untuk berjaya. Susah atau senang, hati tidak pernah berubah, membajai cinta dengan iman dan takwa kepada Allah S.W.T.
Bagi pasangan yang ikhlas, tiada sifat munafik dalam diri mereka. Jika bersama semaraklah cinta, sendirian pun menggebu-gebu rindu di jiwa. Semakin lama terpisah jauh semakin membeku kejujuran dalam hati mereka. Jujur dan setia kepada pasangan hanya dibuktikan oleh orang yang merasai kehadiran Allah s.w.t. itu lah tanda pasangan yg ikhls mencintai anda.